TIPS JAGA BATIK


TIPS PENJAGAAN BATIK


Untuk memastikan Batik anda berterusan cantik & lembut, sila ikuti beberapa tips mudah dibawah;

1. Jangan sesekali membasuh Batik Sutera dengan mesin basuh.

2. Basuh hanya menggunakan buih sabun yang lembut seperti syampu atau gel mandian bayi.

3. Bilas dengan air bersih. Celupkan dengan pelembut fabrik yang dicampur air.Tidak perlu diperah , sebaiknya terus dijemur menggunakan hanger. Jangan rendam terlalu lama dalam softner.

4. Namun tidak digalakkan menjemur Batik Sutera direct dibawah sinaran terik matahari. Warna & teksturnya akan mudah terjejas. Jangan biarkan sutera anda terlalu kering, biarkan ianya sedikit lembab. Sebaik-baiknya, anda menjemur batik anda dengan menterbalikkannya supaya warnanya kekal lebih lama.

5. Gosok Batik Sutera dengan suhu sederhana @ pilih 'silk' pada iron anda atau boleh terus di gantung dalam wardrobe anda.

Yang Glamour...