Bagaimana saya Membeli dan Beramal?

Tentu anda tertanya-tanya, bagaimana anda dapat beramal ketika membeli disini betul? Inilah jawapan serba ringkas mengenainya.

Bagi setiap item/batik yang anda beli, RM 5 akan disalurkan kedalam tabung untuk tujuan sumbangan (derma). Dua badan bukan kerajaan@NGO yang menjadi pilihan pihak kami bagi tujuan tersebut ialah RUMAH RAHDATUSSAKINAH (Klik sini http://www.raudhatussakinah.com/siapa-kami/ ) dan juga WAKAF PERIGI yang dikendali oleh Syarikat Al-Ameen (Klik sini http://www.korbanaqiqah.com.my/secure/wakaf/borang.php?step=1 ). InsyaAllah, saya akan maklumkan/updates jumlah sumbangan terkumpul untuk disalurkan kepada kedua-dua institusi ini.

Untuk makluman anda, daripada jumlah setiap RM 5 tersebut, RM 2 akan disalurkan kepada Rumah Rahdatussakinah manakala baki sebanyak RM3 pula dikumpul untuk tujuan Wakaf Perigi di Kemboja.

Mengapa Konsep Membeli sambil Beramal diutamakan disini?

Mudah-mudahan harta yang kita belanjakan diatas dunia ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan mahupun kehendak peribadi malah dapat juga disalur kearah amal kebajikan. Kerana apa yang kita belanjakan tika hidup ini akan disoal kelak di alam akhirat. waAllahu'alam. Dengan itu, selain menjalankan jual beli secara online, kita juga secara tidak langsung dapat melaksanakan tanggunjawab sosial dengan kaedah dakwah bil hal ini,insyaAllah...Muga segala yang diusahakan ini, mendapat keredhaan Allah serta dapat menyumbang kepada pembangunan ummah...Amin ya rabbal'alamin....


Harap maklum.



Nota kaki:
Kunjungi Website rasmi RAUDATUSSAKINAH di http://www.raudhatussakinah.com/

Kunjungi Website rasmi Al-Ameen Serve Holdings di http://www.korbanaqiqah.com.my/bmportal/
dan klik pada link page Wakaf Perigi

Yang Glamour...