April 15, 2013

JOM KITA

Assalamualaikum wbt
Selamat Sejahtera


SERUAN buat seluruh warga BLOGER serta ex students Maahad Muar

=========================================



KUTIPAN DANA PROGRAM HAFIZ MUDA SMKA 



MAAHAD MUAR




Bagaimana Anda dapat membantu Usaha ini?

1. Klik  SHARE entry ini agar lebih ramai yang tahu mengenainya (Blogger, FB, Whatsapps, Viber,Google+,WeChat etc)♥

2. Setiap pembelian produk Shaklee drpd Che'Pah; RM 1 akan dimasukkan kedalam Tabung kutipan Dana PROGRAM HAFIZ MUDA SMKA MAAHAD MUAR 


3. Masukkan sumbangan Anda di Akaun Alumni SMKA Maahad Muar di :

AKAUN ALUMNI (BIMB) 01023010075569



4. Mohon Maklumkan Jumlah sumbangan tersebut kepada:

Ustaz Khairol azman 0126303546

untuk tujuan Rekod.

=====================================




PROJECT OVERVIEW: 
SMKA Maahad Muar telah melancarkan PROGRAM HAFIZ MUDA MAAHAD bermula drpd Julai 2012 dan masih berjalan sehingga kini.

Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar2 cemerlang yang menghafaz Alquran. Seramai 30org Pelajar tingkatan 1 dan 30org Pelajar tingkatan 2 telah terpilih untuk menyertai program ini.

Tenaga pengajar adalah terdiri daripada 2 org guru Hafiz luar (yang dibayar oleh pihak sekolah)
Manakala untuk tasmik (memperdengarkan bacaan) adalah terdiri dikalangan guru2 SMKA Maahad Muar sendiri (Tiada sebarang bayaran).

Pada tahun lepas, program ini berjalan bersumberkan sumbangan ikhlas drpda bekas pelajar Maahad Muar sebanyak RM10k..

Untuk mempastikan program ini dapat diteruskan dan berjalan lancar, pihak sekolah memerlukan dana kira2 RM2k sebulan untuk menampung gaji 2 org tenaga pengajarnya (guru tahfiz luar tersebut)..

Oleh hal yang demikian. Saya menyeru rakan2, sahabat handai dan taulan serta sanak saudara untuk bersama2 memberi sedikit sumbangan kewangan bagi mengumpul dana berkenaan.

PROGRAM HAFIZ MUDA MAAHAD Muar ini akan diteruskan pada tahun2 berikutnya sehingga mereka berada di tingkatan 5. Hal ini akan menyaksikan pertambahan bilangan peserta dan juga tenaga pengajar luarnya.
Oleh itu, pihak sekolah amatlah berbesar hati untuk menerima sumbangan tuan puan bagi mempastikan kelancaran pelaksanaan program ini agar berjaya dan mencapai matlamatnya, insyaAllah.

Mudah2an usaha yang kecil ini, menjadi saham kita di akhirat sana.

WaAllahualam.

JOM kita

Saya menyasarkan kutipan sebanyak RM10k untuk projek ini. InsyaALLAH

Yang Glamour...